Ramai Terhibur, A&W 'Nakal' Balas Tweet Netizen

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesungguhan 'admin' akaun Twitter syarikat makanan segera, A&W Malaysia yang cuba menggunakan 'ayat power' ketika membalas tweet seorang pelanggannya telah menghiburkan netizen.

Segalanya bermula apabila 'admin' rangkaian restoran itu menulis tweet mempromosikan rut bir popularnya untuk berbuka puasa.

"Tekak kering la pula. Buka puasa dengan rut bir hari ini!," demikian tweet yang dibuat di akaun Twitter @anwmalaysia pada 28 Mei lalu.

Tweet tersebut telah menarik minat seorang pengguna @TattyHassan yang membalasnya dengan bertanya: "Awak nak cuba bagi saya kena gastric ka berbuka dengan rut bir?."

Melihat pertanyaan itu, @anwmalaysia dengan 'nakal' telah membalasnya dengan menulis: "Saya sengaja nak awak sakit. Supaya saya boleh jaga awak sentiasa."

Ia kemudian berlarutan menjadi satu siri perbualan yang menghiburkan.

Berikut adalah paparan skrin perbualan penuh mereka.

Perbualan ini telah menjadi tular di media sosial. Setakat ini ia telah dikongsi sebanyak hampir 2,500 kali dan mendapat hampir 4,000 'like'.

"Orang suruh kau meniaga, kau pergi memancing," gurau Aff Abd Malek di ruangan komen Facebook.

Fatih Omar menulis: "Hahaha...A&W pun pandai bercia-cia".

Tindakan 'admin' A&W Malaysia ini yang sudi meluangkan masa untuk pelanggannya telah mendapat pujian ramai, malah ada yang menyarankan agar 'admin' tersebut dinaikkan pangkat.

Ia juga dilihat sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan antara restoran itu dengan pelanggannya.

Tags / Kata Kunci: A&W , rut bir

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan