ABC King Kong Tarikan Bazar Ramadan Satok

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 4:08 PM

Seorang pekerja menggantung air minuman limau mantak (limau kasturi) di Gerai ABC King Kong yang mendapat sambutan ramai di Bazar Ramadan Satok ketika tinjauan Bernama, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Deretan balang serta air minuman pelbagai jenis dan warna pasti menarik perhatian pengunjung ketika mencari juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Satok.

Namun begitu, pandangan pengunjung pasti tertumpu dan sedikit teralih apabila melihat deretan air minuman bersaiz besar yang tergantung di gerai ABC King Kong di bazar tersebut.

Menawarkan air minuman yang biasa dijual sepanjang Ramadan, pemilik gerai tersebut Afenddy Ibrahim, tampil berbeza dengan menjual air dalam saiz lebih besar.

"Air yang saya jual ini boleh didapati di bazar Ramadan lain, tetapi saya dapat idea untuk jual dalam plastik lebih besar dan lebihkan isi kandungan dalam setiap plastik tersebut," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Pemuda berusia 28 tahun ini mengendalikan gerai ABC King Kong bersama empat lagi rakan, menawarkan pilihan minuman seperti ABC, ABC Special King Kong, White Lady, Laicikang, Jagung Susu, Jagung Gula Apong, Asamboi, Limau Mantak (limau kasturi) dan Laici.

Keunikan gerai ini menjadi tular di media sosial Facebook sehingga ramai pengunjung menyerbu untuk mendapatkan minuman tersebut.

"Memang terkejut bila gerai ini jadi viral dan ramai pelanggan datang sampai tak menang tangan, sampai kadang kala tak sempat gantung lagi orang dah pesan. Apa pun syukur dengan rezeki Allah. Paling mendapat sambutan ialah ABC, ABC Special King Kong, White Lady dan Jagung Susu," kata Affendy.

Ketika ditanya pendapatan diraih setakat ini, beliau yang turut memiliki bengkel motosikal klasik, kedai gunting rambut dan kedai rokok elektronik atau vape ini berkata, hasil jualan airnya mampu mencecah antara RM200 hingga RM300 sehari.

"Pendapatan Alhamdulillah memang bulan puasa ini kita dapat cari rezeki lebih. Niat saya dalam berniaga untuk turut sama bersedekah dan beri peluang rakan-rakan bekerja serta lebihkan isi kandungan dalam jualan. Sekiranya lepas ini ada orang tampil dengan idea sama itu rezeki masing-masing," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Satok , ABC King Kong

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan