Siapa Mahu Oksigen Percuma?

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siapa yang tak mahu dapat hadiah percuma apabila membeli sesuatu, tetapi yang percuma itu bukanlah angin!

Seperti tahun-tahun lalu, masih ada pelanggan yang merungut tentang makanan yang dibeli di bazar Ramadan, yang harganya dirasakan 'cekik darah', tidak setimpal dengan apa yang dibawa pulang.

Terbaru, seorang pelanggan telah berkongsi kisah tentang teh ais 'ekstra oksigen' yang dibelinya pada harga RM5 di sebuah bazar Ramadan.

"Teh ais ekstra oksigen sempena bulan Ramadan. RM5 sebungkus. Si penjual siap sedekahkan oksigen segar supaya dapat membantu kembalikan tenaga," tulis @khairunnaim5 di Twitter.

Setakat ini posting tersebut sudah diulang 'tweet' sebanyak 5,070 kali dan mendapat hampir 2,000 'like'.

Tweet itu juga telah menarik minat seorang lagi pengguna untuk berkongsi pengalamannya mengenai 'sup nasi ayam ekstra oksigen'.

"Sup nasi ayam pun nak join club extra oksigen," tulisnya di akaun Twitter @aidarasyidah_

Sementara itu, 'karipap angin' nampaknya masih lagi dijual pada tahun ini dengan yang terbaru seorang pelanggan telah berkongsi pengalamannya dalam satu video yang dimuat naik pada Khamis.

Dia mendakwa telah membeli karipap tersebut di MITC Melaka.

"Karipap angin bulan ramadhan Pppssss ada bunyik lagi taw ehehheee... makcik bulan pose kan baguih besedekah...dapat lebih pahala pun lebih...beli dekat bazar MITC Melaka berdepan Mydin Melaka...video hanya ingin kongsi bukan tujuan mengaibkan," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: bazar Ramadan , oksigen , karipap angin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan