Tayar 'Terbang' Hentam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ada kalanya kita sudah cukup berhati-hati ketika di jalan raya tapi malang tak berbau tidak mengenal mangsa dan juga tempat.

Terbaharu insiden tayar 'terbang' yang dipercayai berlaku di Jalan Buroh, Singapura menjadi tular di laman media sosial.

Dalam rakaman yang berdurasi 0.34 saat itu menyaksikan sebuah tayar treler tercabut sebelum 'terbang' ke laluan bertentangan.

Pemandu treler terbabit dilihat menyedari insiden itu dan sempat memberi isyarat kecemasan untuk menghentikan kenderaan tersebut.

Malah sebuah van berwarna putih dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang berada di belakang treler itu bernasib baik apabila sempat mengelak tayar 'terbang' itu.

Namun, seorang pemandu di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu menjadi mangsa rempuhan tayar tersebut.

Rakaman itu ditonton sebanyak 87,000 kali di laman Facebook dan turut dikongsi sebanyak 114 kali.

Insiden itu turut mengundang kemarahan di kalangan netizen.

Yursi Vs Marina berkata,"Arwah abang sepupu aku meninggal sebab kena tayar lorilah... to all lorry drivers, tolonglah cek keadaan lori ampa... alfatihah to abg mie.

"Sementara itu, Zaidi Razadie berkata,"Tayar spare lori terjatuh ni memang bahaya... kadang aku tengok tayar spare bawah lori tak ikat kuat... abg2 pilot tolong cek tayar spare ya." 

Tags / Kata Kunci: tayar terbang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan