Program Ramadan Raya Di Tiga Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 9:42 AM

Hashim (tiga, kiri) mencanting batik sebagai gimik melancarkan Ramadan Raya di KLCC malam Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan musim perayaan, tiga pusat membeli-belah iaitu Suria KLCC, Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu, melancarkan program Ramadan Raya di sini Khamis.

Menurut pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd Datuk Hashim Wahir, kemuncak program tersebut termasuk dekorasi pusat membeli-belah, promosi dan usaha mengumpul dana.

"Batik menjadi pilihan kita bagi sambutan Hari Raya tahun ini kerana produk itu ialah satu daripada kraftangan tradisional paling unik dihasilkan di Malaysia.

"Suria KLCC dikunjungi kira-kira 8.8 juta pelancong asing setiap tahun. Oleh itu, dekorasi pusat membeli-belah ialah satu daripada kaedah yang kita gunakan untuk memperkenalkan dan mendidik mereka mengenai budaya dan tradisi kita," kata Hashim dalam ucapannya pada pelancaran program itu.

Hashim berkata, selain itu, ketiga-tiga pusat membeli-belah berkenaan telah menjalin perkongsian pintar dengan MPTN untuk pelancaran kempen dikenali sebagai "Kempen Terima Kasih".

"Kita juga bekerjasama untuk program tanggungjawab sosial korporat dikenali sebagai "Skuad Terima Kasih" untuk mengumpul dana bagi Tabung Bersamamu sebagai usaha berterusan membantu individu yang kurang bernasib baik," kata beliau.

Melalui kempen ini, tabung derma akan diletakkan di lokasi-lokasi strategik di ketiga-tiga pusat membeli-belah tersebut untuk orang ramai menghulurkan sumbangan, kata beliau.

"Selain sumbangan orang ramai, kita juga berikrar untuk memadankan RM1 bagi setiap RM1 yang kita terima, sehingga RM10,000.00 pertama," katanya.

Hashim juga berkata hadiah Hari Raya berupa dulang edisi terhad dan "paket hijau" Hari Raya akan diberikan kepada pelanggan yang membelanjakan minimum RM800 di Suria KLCC, RM1,500 di Alamanda dan RM350 di Mesra Mall. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Program Ramadan Raya

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan