Mufti Jemput Komuniti Muslim Universal Bincang

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 4:29 PM

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan menjemput Komuniti Muslim Universal (KMU) untuk berbincang bagi mendapatkan maklumat dan gambaran lebih jelas berhubung kefahaman yang dibawakan kumpulan itu.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebarang kenyataan yang berkaitan dengan Islam, sebaik-baiknya merujuk pakar-pakar supaya tidak menimbulkan salah faham atau tafsiran, selari dengan kefahaman yang dikehendaki Islam.

“Ini penting untuk dititikberatkan agar kita sentiasa menggambarkan apa yang kita gambarkan itu serta persepsi yang dikemukakan tidak menyalahi apa yang dinyatakan dalam kitab al-Quran dan Sunnah.

“Kadang-kadang maksudnya lain, tapi tafsiran dan sangkaannya lain, maka lebih baik kita duduk berbincang bagi memperbetulkan kefahaman yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi mStar Online

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KMU yang didakwa mempunyai pegangan dan kefahaman yang terpesong dari ajaran Islam.

Dalam isu KMU, Zulkifli berkata, ia perlu dipupuk budaya ilmu, mempelajari dan bertanya kepada sumber-sumber dan mereka yang berautoriti untuk bersama memperbaiki dan islahkan ke arah lebih baik dan tepat mengikut acuan syariat Islam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim berkata, jabatan itu sedang meneliti dan memantau KMU sebelum mengambil tindakan lanjut.

Katanya, setakat ini tiada tindakan Jais terhadap kumpulan itu kerana belum ada bukti kukuh bahawa ia terpesong dari ajaran Islam.

“Belum ada kesahihan beserta bukti dan maklumat lengkap, jadi kita tak boleh nak dakwa mereka. Kita akan teliti maklumat dan kumpul bukti mengenai mereka.

“Setakat ini, kita cuma dapat maklumat mengenainya yang kini tular media sosial. Jika ada maklumat sahih atau aduan beserta bukti seperti yang didakwa, kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya sambil menambah bahawa Jais akan memanggil kumpulan itu dan menyiasat mereka sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Haris berkata, satu faktwa perlu dikeluarkan sama ada pegangan KMU itu mengikut Islam atau sebaliknya.

“Kalau sudah ada fatwa mengenai fahaman mereka bukan Islam, tetapi mereka mengaku ia adalah Islam, jadi kita juga boleh siasat dan ambil tindakan,” katanya.

KMU baru-baru ini menganjurkan Program Dialog Antara Agama dan Budaya untuk Belia (IIDY) dengan slogan ‘Kemanusiaan, Kehormatan dan Toleransi Anutan Kami’.

Selain ke gereja, program tersebut turut membabitkan pertemuan dengan kumpulan Ahmadiyaah atau Qadiani yang difatwakan sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, dan pengikutnya difatwakan sebagai bukan Islam.

Bagaimanapun dilaporkan, para peserta program yang beragama Islam didakwa bersolat jemaah dan diimamkan salah seorang imam Qadiani.

Walaupun Qadiani difatwakan sebagai bukan Islam, peserta program KMU menggunakan nilai anutan mereka iaitu ‘kemanusiaan’ untuk mereka bersolat jemaah.

Menurut laman web KMU, visi dan misinya adalah menyuarakan dan menekankan prinsip-prinsip asas dalam al-Quran dan Hadith seperti kesamarataan, kasih sayang, keadilan sejagat dan kehormatan sesama manusia.

Tags / Kata Kunci: Komuniti Muslim Universal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan