Penumpang MH128 Diambil Keterangan

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis telah mengambil keterangan daripada semua penumpang pesawat Malaysia Airlines MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpangnya mengancam mahu meletupkan pesawat itu.

Salah seorang penumpang pesawat itu, Kok Seng Khoo, 59, berkata dia disoal siasat sebanyak lima kali oleh polis.

"Saya disoal siasat lima kali, dan lima keterangan diambil daripada saya," katanya kepada The Star Online pada Khamis.

Kok yang sebelum ini berstatus warganegara Malaysia dan menetap di Melbourne sejak 30 tahun lalu berkata situasi di lapangan terbang itu bagaimanapun kembali normal.

Katanya, beberapa penumpang berjaya menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH148 kira-kira pukul 1.55 pagi waktu tempatan (11.55 pagi waktu Malaysia) ke Kuala Lumpur.

"Saya diberi AUD20 dalam bentuk baucar makanan dan mendapat tempat duduk kelas perniagaan terakhir dalam pesawat MH148 manakala penumpang lain ditempatkan di hotel lapangan terbang itu untuk menaiki pesawat pada sebelah petang.

"Beberapa penumpang lain turut diberi baucar teksi," katanya.

Penumpang warga Malaysia, Fariza Zanuddin berkata maklumat terkini disediakan pihak berkuasa sebaik insiden itu berakhir tidak mencukupi.

"Kami ditinggalkan dengan tiada maklumat, perkembangan terkini dan tiada siapa bertanya sama ada kami perlu memaklumkan kepada sesiapa sahaja atau sama ada kami sakit atau perlu ubat-ubatan," katanya.

Namun, difahamkan pihak pengurusan lapangan terbang itu kemudiannya menyediakan khidmat kaunseling dan meletakkan ambulans dalam keadaan bersedia.

Fariza berkata penumpang akhirnya dimaklumkan pada pukul 6.47 pagi waktu tempatan bahawa penerbangan mereka telah dijadualkan semula ke pukul 8 malam Khamis.

Pesawat terbabit berlepas pukul 11.11 malam waktu Australia dan dijangka tiba pukul 5.28 pagi Khamis.

Namun pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula selepas kapten penerbangan itu dimaklumkan oleh anak kapal tentang tindakan seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

Suspek yang juga warga Sri Lanka mendakwa memiliki bom dan mengancam mahu meletupkan pesawat itu.

Tags / Kata Kunci: MH128 , Malaysia Airlines

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan