Sambungan Internet Malaysia Di Kedudukan Ke-10 Terpantas

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 3:22 PM

Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Purata kelajuan sambungan Internet Malaysia adalah yang kesepuluh terpantas di Asia Pasifik, demikian menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai.

Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.

"Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun," menurut Akamai dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kemajuan terkini sektor telekomunikasi Malaysia, termasuk pengenalan rangkaian 5G dan 4.5G, memberi dorongan kukuh kepada penerimaan digital dalam negara.

"Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar.

"Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet," menurut Akamai.

Menurut laporan itu, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura mempunyai purata kelajuansambungan terpantas melebihi 100 Mbps, manakala 12 negara Asia Pasifik yang dikaji menunjukkan purata kelajuan di atas 50 Mbps, kecuali China, Filipina dan India.

Singapura sekali lagi mendahului rantau itu dan dunia dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini, menurut laporan berkenaan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Akamai

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan