Pelajar Malaysia Di Manchester Diminta Waspada

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 10:38 PM

Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan sumbangan kepada adik Nur Maisara Fairuz Anuar, enam, pada Majlis Program Penerapan Nilai-Nilai Murni TPM Bersama Warga KDN Peringkat Negeri Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong petang Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati pelajar Malaysia di Manchester supaya berwaspada serta tidak berkumpul dan menyertai sebarang diskusi mingguan khususnya di kediaman masing-masing pada masa ini bagi mengelak timbul rasa syak dan curiga dalam kalangan pihak berkuasa di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini berikutan penahanan tiga pelajar Malaysia oleh Polis Greater Manchester pada Isnin lepas, berkaitan insiden pengeboman di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang pada 22 Mei lalu.

"Kita nasihatkan supaya diskusi-diskusi yang dibuat setiap minggu buat masa ini kalau boleh dapat dielakkan supaya tidak menimbulkan syak dalam kalangan mereka yang melaksanakan penguatkuasaan.

"Begitu juga jangan izinkan buat sementara pelajar dari negara lain untuk datang ke kediaman pelajar kita," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini Rabu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama warga KDN. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Manchester , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan