Sewa Tapak Bazar Ramadan Cecah RM8,000

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 5:42 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal.

"Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak.

Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak.

"Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini hari ini.

"Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000," kata Mohamad. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohamad Hasan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan