Raja Muda Perlis Berkenan Lancar Kempen 'Value Food No Waste'

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 3:16 PM

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat, kiri) berkenan melancarkan kempen ‘Value Food No Waste’ sempena program ‘Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-Kareem di Tapak Bazar Ramadan Mata Ayer pada 30 Mei 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli melancarkan kempen ''Value Food No Waste'' sempena program ''Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-Kareem di Tapak Bazar Ramadan Mata Ayer, Selasa.

Program edisi perrtama tahun 1438 Hijrah itu dianjurkan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mengulangi titah baginda pada tahun lepas supaya rakyat negeri Perlis membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

"Beta mahu rakyat berfikir dan mengamalkan budaya serta mentaliti kelas pertama dengan membeli keperluan yang wajar sahaja bagi mengawal perbelanjaan untuk mengelak pembaziran makanan.

"Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik malah kebersihan persekitaran dapat dipelihara. Ciri-ciri ini melambangkan masyarakat bermentaliti kelas pertama," titah baginda menurut laporan Bernama.

Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md Dzahir pula berkata program tersebut berasaskan Strategi Lautan Biri Kebangsaan (NBOS) dengan MAIPs dan MPK turut mengedarkan risalah Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik dengan menggalakan penggunaan mangkuk tingkat.

"Mesej kita memberi kesan apabila ada kalangan pengunjung bazar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah dan saya yakin amalan ini yang selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar akan juga meningkatkan kualiti kehidupan," katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nizam Mohd Noor dan Yang diPertua MPK, Khairin Nazry Karim serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan