Perlis Salur RM4.5 Juta Bantu Rakyat Sempena Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 3:19 PM

MENTERI BESAR Perlis Datuk Seri Azlan Man (kanan) menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada warga emas pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2017 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang pada 30 Mei 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seramai 30,521 penduduk Islam di Perlis akan menerima bantuan berjumlah RM4.5 juta daripada kerajaan negeri sempena ketibaan Ramadan.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata setiap seorang dari kalangan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, miskin dan anak yatim akan menerima RM150.

"Sumbangan ini ialah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang kurang bernasib baik yang akan dipastikan setiap golongan sasar yang memerlukankan menerimanya," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan 2017 kepada 2,831 penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang di sini Selasa. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Rela Ahmad.

Azlan berkata selain sumbangan Ramadan dan Aidilfitri, kerajaan negeri juga menyediakan dana untuk masyarakat Tionghua, Siam dan keturunan India menyambut perayaan masing-masing tahun ini.

"Syukur kita masyarakat berbilang bangsa dan agama masih dapat hidup dalam negara yang aman dan damai. Keamanan inilah membolehkan kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu rakyat menyambut hari kebesaran masing-masing," kata Azlan.

Tags / Kata Kunci: Azlan Man , Perlis

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan