Harga Petrol, Diesel Turun

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun mulai tengah malam ini.

Bagi tempoh 1 hingga 7 Jun ini, harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.10 seliter manakala RON97 berharga RM2.38 seliter, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak dua sen.

Harga runcit diesel pula turun satu sen kepada RM2.02 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman Twitternya pada petang Rabu.

Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Februari lepas.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: harga petrol , KPDNKK

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan