Patuh Garis Panduan JAIS Berhubung Masjid

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 9:01 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemimpin politik di Selangor perlu patuh terhadap garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran majlis di masjid dan surau bagi menjaga kesucian rumah ibadat orang Islam itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata garis panduan itu perlu dipatuhi oleh semua pemimpin politik beragama Islam dan bukan Islam sebagai menghormati fungsi utama masjid dan surau sebagai tempat beribadah serta menyatupadukan umat Islam.

"Sebarang majlis anjuran wakil rakyat boleh dilakukan di masjid dan surau tetapi biarlah ia dilakukan di perkarangan kawasan berkenaan sahaja, bukan di ruang solat.

"Berhubung isu tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa di sebuah masjid di Subang minggu lepas, saya telah mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam (Selasa) bagi menjelaskan keadaan yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah di masjid berkenaan, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata Sivarasa juga ada menemui beliau bagi menjelaskan keadaan yang berlaku, namun, menteri besar itu enggan memberitahu butir penjelasan berkenaan.

Mohamed Azmin turut menjelaskan, Sivarasa bukan mewakili beliau di majlis berkenaan tetapi ia adalah majlis anjuran pejabat anggota Parlimen itu sendiri.

Pada Selasa, Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim dilaporkan sebagai berkata Sultan Sharafuddin murka dan dukacita terhadap tindakan anggota Parlimen itu yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di masjid berkenaan.

Menurut Haris, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri yang turut menitahkan supaya JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

Beberapa gambar kehadiran Sivarasa ke masjid berkenaan turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , JAIS

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan