10 Tips Elak Berat Badan Meningkat Ketika Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BULAN suci Ramadan yang dinanti-nanti oleh umat Islam seluruh dunia akhirnya tiba dengan pastinya ramai yang mahu mencapai sesuatu pada bulan yang mulia ini.

Selepas menahan lapar dan dahaga selama beberapa jam pada setiap hari, ramai orang gagal menahan nafsu untuk mengehadkan pemakanan ketika berbuka, yang akhirnya menyebabkan berat badan mereka naik.

Di sini adalah 10 tips untuk mengelakkan berat badan anda naik ketika Ramadan:

1. Elakkan makan secara berlebihan. Pastikan berbuka dengan juadah yang ringan termasuk jumlah makanan yang sewajarnya.

2. Kunyah dengan perlahan makanan anda untuk mengelakkan ketidakhadaman.

3. Berbuka dengan sup dan salad. Makanan ini mengandungi kalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang.

4. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sepanjang waktu tidak berpuasa.

5. Minum jus buah-buahan tanpa gula dan elakkan kordial yang mengandungi tahap gula yang tinggi.

6. Pilih produk susu yang rendah lemak dan daging tidak berlemak.

7. Makan kurma dan salad.

8. Berjalan sekurang-kurangnya setengah jam hingga sejam pada setiap hari untuk membakar lebih banyak kalori.

9. Apabila memasak, pastikan anda memilih resepi yang berkhasiat dan mengelakkan makanan berminyak. Sebaliknya kurangkan jumlah lemak dalam makanan dengan menggunakan minyak sayuran, memanggang dan masak stim.

10. Elakkan memakan secara berterusan terutamanya pada waktu berbuka dan bersahur kerana boleh menyebabkan kepenatan akibat terlalu kenyang.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Tips

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan