Kuih Raya Istimewa Dari Tirai Besi

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 9:00 AM

BEBERAPA penghuni penjara Pokok Sena menyiapkan kuih raya sempena promosi Biskut Raya 2017 di Galeri Penjara Pokok Sena pada 23 Mei 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sempena ketibaan bulan Ramadan dan menjelang perayaan Aidilfitri ini, Penjara Pokok Sena dekat sini menawarkan 15 jenis kuih raya kepada orang ramai pada harga 20 peratus lebih murah.

Penguasanya Shaidan Shaari berkata ia ditawarkan antara harga RM18 dan RM22 sebalang.

Antara kuih yang dijual ialah ''pees delight'' dan ''chocolate cookies'' yang merupakan kuih baharu yang cuba diperkenalkan, katanya kepada pemberita.

Promosi biskut raya Penjara Pokok Sena dilancarkan di penjara itu pada Selasa lalu.

Beliau berkata pihaknya menggunakan 30 tenaga banduan untuk membuat biskut-biskut itu dengan sasaran hasil jualan mencecah RM300,000.

"Sasaran jualan itu hanya melibatkan biskut raya. Tetapi kalau dikira jualan untuk kuih kering seperti seperti loyang, maruku, kacang berempah, popia coklat, kuih bawang, kuih gunting dan kuih suci dalam debu, ia boleh mencapai RM300,000," katanya kepada Bernama.

Shaidan berkata sasaran jualan mereka ialah kakitangan kerajaan dan swasta, jabatan serta agensi kerajaan, sekolah serta institusi pengajian tinggi.

"Tahun ini kita gunakan balang yang kedap udara untuk mengisi kuih agar kuih kita tahan lama dengan pembeli yang membeli lebih 50 balang akan mendapat potongan diskaun RM1 bagi setiap balang," tambahnya.

Pembelian akan dibuka secara rasmi dari 4 Jun hingga 24 Jun dengan tempahan awal sebelum menjelang Aidilfitri boleh dibuat dengan menghubungi talian 04-7825555.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Penjara Pokok Sena

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan