Modal Lapuk - Idris Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 11:53 AM

Idris Ahmad.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad meminta penyokong parti itu supaya sentiasa sabar dan beristiqamah dalam perjuangan parti.

Menurut Idris, penyokong PAS tidak perlu melayan segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang bermusuh dengan parti.

“Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14.

“Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Idris lagi, beliau sebenarnya sudah terbiasa dengan persepsi politik palsu dan lapuk yang dimainkan oleh musuh PAS.

“Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik.

“Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan kami,” katanya.

Beliau berkata, semua tanggapan terhadap PAS silap kerana sudah 66 tahun PAS lawan BN.

“Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno, Perikatan, kemudian BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan Umno, iaitu pada 1974.

“Sekarang pemimpin Pakatan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk umno"... inilah tagline yang paling popular,” katanya lagi. - SINAR HARIAN


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan