Harga Ikan Naik Lagi?

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 3:17 PM

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan kenaikan harga ikan yang dijangka naik pada Ramadan ini. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Perikanan pada Selasa bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.

"Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka, walaupun cuaca baik, namun lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.

"Dari segi pendaratan ikan, mengikut data Mac hingga September sepatutnya hasil tangkapan meningkat. Tetapi hari ini, bila nelayan di tengah laut, terdapat angin kencang yang tidak menentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Batu Pahat di sini pada Isnin.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau meminta Nekmat supaya bersiap siaga bagi menghadapi situasi harga ikan yang tidak menentu memandangkan terdapat trend permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna. - Bernama

Tags / Kata Kunci: harga ikan , Irmohizam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan