Ramai Guru Pindah Jun Ini

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 10:10 AM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau bersama pelajar SK Mangkabung ketika melawat sekolah tersebut baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lebih ramai warga pendidik bakal menarik nafas lega tahun ini apabila peratusan kelulusan untuk permohonan berpindah di kalangan guru meningkat lima peratus kepada 25 peratus tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peningkata lima peratus itu dibuat berikutan peningkatan bilangan permohonan, selain untuk memberi peluang kepada guru bekerja dalam suasana kerja dan pengajaran yang lebih baik.

Setakat ini, kementerian menerima sejumlah 20,470 permohonan di mana 2,825 atau 13.8 peratus telah diluluskan.

"Antara sebab yang diberikan dalam permohonan untuk berpindah kerana tinggal berasingan dengan suami, masalah kesihatan kronik, keselamatan dan telah begitu lama berkhidmat di negeri tertentu," katanya pada sidang media di Kuala Nerang di sini selepas diberi taklimat berkaitan perpindahan guru pada Jun 2017.

Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada guru yang tiggal berasingan dengan suami yang mencatatkan permohonan sebanyak 6,635, di mana 2,261 daripadanya telah diluluskan.

Mahdzir juga menggesa graduan guru baharu yang akan mendapat surat bertugas pada Julai ini untuk menerimanya dengan minda terbuka, walaupun dihantar bertugas ke lokasi bukan pilihan mereka.

"Penerimaan graduan guru baharu ini akan melancarkan proses perpindaan bagi mengisi kekosongan. Sekurang-kurangnya mereka dapat berada di tempat sama untuk tiga tahun sebelum memohon untuk berpindah.

"Kita tidak mahu mereka terima perpindahan tetapi enam bulan kemudian mengemukakan permohonan berpindah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan