Puntung Akan 'Pergi' Tak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Puntung, badak Sumatera betina, yang menarik perhatian dunia bulan lepas kerana menjalani pembedahan pergigian di bawah kendalian sekumpulan pakar daripada pelbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu, sedang bergelut dengan maut akibat kanser.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) Augustine Tuuga berkata bengkak pada pipi kiri Puntung, yang kemudian membawa kepada pengesanan tunjang giginya dijangkiti kuman, semakin teruk dan dua biopsies yang dilakukan selepas pembedahan menunjukkan haiwan itu menghidap kanser kulit dikenali sebagai squamous cell carcinoma.

"Kanser itu merebak dengan pantas sejak seminggu lepas. Pakar dari beberapa negara sependapat bahawa keadaan itu boleh membawa maut sama ada ia dirawat atau tidak.

"Hari ini, Puntung tidak lagi mampu bernafas melalui nostril kirinya, dia tidak lagi dapat mengeluarkan suara, dia berada dalam kesakitan dan keadaannya merosot dengan cepat.

"Selain memberi ubat penahan sakit, tiada siapa yang boleh melakukan apa-apa lagi dan kami tiada pilihan lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan oleh para profesional dan sejajar dengan itu, membenarkan penggunaan kaedah eutanasia ," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau menjelaskan bahawa SWD merancang untuk melakukan eutanasia terhadap Puntung pada 15 Jun.

Tuuga mengaku bahawa keputusan 'menidurkan' haiwan itu untuk selama-lamanya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diambil, tetapi para pakar bersetuju bahawa itu adalah langkah terbaik, daripada membiarkan badak itu terus menanggung kesakitan dan penderitaan.

Sementara itu, pengarah eksekutif Borneo Rhino Alliance (Bora) Datuk Dr Junaidi Payne berkata mereka yang terlibat dengan kehidupan Puntung sejak 10 tahun lepas, termasuk Bora, amat sedih apabila mendengar berita itu.

Katanya, antara mereka adalah pihak yang terlibat menjaga kebajikan Puntung, termasuk sebuah yayasan amal antarabangsa yang menumpukan perhatian terhadap melindungi badak daripada kepupusan, SOS Rhino, yang memantau Puntung ketika ia mendiami hutan Tabin sejak 2007, mereka yang menangkapnya pada 2011 dan mereka yang menjaga haiwan itu setiap hari.

"Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak, di Malaysia dan luar negara, yang telah memberi semangat kepada kami melalui ucap selamat daripada mereka pada April dan sokongan kewangan yang mereka hulurkan untuk membiayai pembedahan pergigian dan jagaan lanjutannya.

"Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada Yayasan Sime Darby, yang bukan sahaja membiayai kos untuk tugas memantau, menangkap, menempatkan semula dan menjaga Puntung sejak 2009, tetapi juga, anggota majlis dan pegawainya, yang sentiasa menunjukkan minat peribadi masing-masing terhadap kebajikan dan perkembangan haiwan itu," katanya.

Payne juga berkata, staf Bora, yang memberi penjagaan rapi terhadap Puntung sejak dua bulan lepas, terkejut dengan saiz karsinoma Puntung yang begitu cepat membesar.

"Kami menjalin hubungan rapat dengan para pakar di Eropah, Afrika Selatan serta Thailand, dan kami tidak berasa ragu lagi bahawa sebarang bentuk rawatan konvensional akan hanya menambahkn lagi penderitaannya," kata beliau.

Menurut Payne, Bora sedang membuat persiapan untuk cuba mendapatkan telur atau oosit daripada Puntung, yang dianggar berusia sekitar 25 tahun.

"Melalui cara itu, dia boleh menyumbang kepada kelangsungan hidup spesiesnya kelak," kata beliau. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Puntung , badak sumbu , kanser

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan