Pasangan Ustaz, Ustazah Maut Sebelum Sempat Buka Puasa

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 4:40 PM

Keadaan kenderaan yang dipandu pasangan guru agama dalam kejadian pada Sabtu. Foto Kosmo Online

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasangan guru agama menemui ajal sebelum berbuka puasa pada Sabtu selepas terbabit dalam kemalangan  di Km366, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Kampung Serating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.35 petang itu, Maimun Mamat, 48, maut di tempat kejadian manakala suaminya Daud Setaffa, 55, disahkan meninggal kira-kira pukul 7.32 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila kereta dipandu Daud yang merupakan guru agama bertembung dengan dengan sebuah kereta yang terbabas dari laluan bertentangan. Maimun ialah guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superitendan Abd Razak Hassan ketika dihubungi Bernama berkata, pemandu sebuah lagi kereta ialah guru berumur 29 tahun berasal dari Kuala Terengganu dan hanya mengalami kecederaan ringan. - Bernama


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan