Ramainya Doktor!

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 8:16 PM

Keluarga mendiang Lim Tang Too bergambar beramai-ramai pada majlis perjumpaan di Hotel Rasa Sayang pada Sabtu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keluarga mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai anggota yang paling banyak menjadi doktor.

Kesemua mereka berjumlah 45 orang, yang merupakan anak, cucu dan cicit Tang Too.

Tang Too, yang meninggalkan balunya, Loo Siew Chin, sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan bagi kesemua 11 anak mereka, dan hasilnya, lapan daripada mereka menjadi doktor.

Siew Chin, 95, yang pernah menjadi penoreh getah  bersama suaminya, berkata walaupun menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga besar dengan pendapatan mereka yang tidak seberapa, tetapi mereka tidak pernah patah semangat untuk melihat kesemua mereka berjaya dan menikmati kehidupan yang selesa.

Hari ini, dalam keluarga berkenaan terdapat 45 doktor, 20 daripada mereka adalah doktor pakar dan seorang bergelar profesor madya di Universiti Malaya.

Daripada sembilan anak lelaki dan dua anak perempuan Siew Chin, anak lelaki sulungnya, Datuk Dr Lim Boon Sho, kini mengendalikan Klinik Lim di Nibong Tebal.

Menurut Dr Boon Sho, bapanyalah yang memberi semangat kepada mereka untuk menjadi doktor supaya dapat menolong adik beradik lain yang sering sakit.

Dr Boon Sho, anggota kelurga Tang Too yang pertama mendapat kelulusan sebagai doktor, berkata dia mula mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di India pada 1964.

"Semasa kanak-kanak, kami sering jatuh sakit dan bapa saya menghantar kami ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan sering dihimpit kekangan kewangan, bapa saya mendapat idea agar terdapat seorang doktor dalam keluarga kami agar dia boleh menjaga yang lain. Setelah saya menamatkan pengajian, seorang demi seorang adik beradik saya mengambil laluan sama," katanya kepada Bernama pada majlis makan malam keluarga itu di sini, Sabtu malam.

Dr Boon Sho, yang pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap dari 1986 hingga 1990, berkata selepas kematian bapanya sembilan tahun lalu, keluarga itu menjadi semakin menyintai dunia perubatan.

"Kami adik-beradik sering berbual mengenai perubatan, tetapi kami tidak memaksa anak kami menjadi doktor, cuma ingin mereka mendapat pendidikan yang baik," katanya.

Daripada 10 adik beradik Dr Boon Sho, tujuh menjadi doktor iaitu Dr Lim Boon Sin, 68, Dr Lim Boon Ben, 66, Dr Lim Boon Seng, 64, Dr Lim Boon Hock, 59, Dr Lim Boon Han, 55, Dr Lim Boon Kiong, 52 dan Dr Lim Boon Aik, 50.

Kakak sulung Dr Boon Sho, Lim Ai Hwa, 76, adalah suri rumah, adik lelaki bongsunya, Lim Boon Tai, 62, menjadi ahli perniagaan dan adik perempuan bongsunya, Lim Ai Ching, menjadi peguam.

Sementara itu, Dr Boon Han, yang juga pengerusi Gerakan Nibong Tebal, berkata dengan terdapat lebih 45 doktor dan pakar dalam keluarga itu sekarang, ada perancangan untuk membuka sebuah hospital swasta yang dikendalikan kelurga Lim.

"Mungkin suatu hari nanti, kami dapat perkenalkan sebuah hospital keluarga Lim, tetapi semua itu masih terlalu awal dan baru di peringkat perancangan," katanya.

Menurut beliau, keluarga itu yang kini mempunyai kira-kira 100 anggota daripada empat generasi, menjadikan suatu kemestian bagi mereka untuk berkumpul pada setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, dengan perubatan  menjadi topik utama perbincangan mereka. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan