Mangsa Rompakan Uber Keguguran

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mei 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penumpang wanita yang dirompak oleh pemandu Uber ketika dalam perjalanan pulang ke Puchong minggu lalu mengalami keguguran.

Pembantu jualan Wong Mei Yan, 26 yang hamil sebulan mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu.

Katanya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perkhidmatan e-hailing itu kerana mengalami gangguan emosi dan kerugian.

Mei Yan menempah perkhidmatan untuk pulang ke kediamannya menerusi aplikasi e-hailing pada kira-kira pukul 9.30 malam.

Beliau mendakwa tidak nampak ada penumpang di tempat duduk hadapan dan hanya menyedari kehadiran lelaki 'bertubuh kecil dan kurus' semasa pemandu kenderaan itu bercakap dengan pemuda itu.

Kata Mei Yan, dia tidak bercakap dengan pemandu sehingga dia dibawa ke laluan salah walaupun telah memaklumkan jalan yang sepatutnya digunakan.

Apabila tiba di pusat perniagaan One Puchong, penumpang di hadapan itu telah mengacu pisau ke arah Mei Yan dan memaksanya menyerahkan barang berharga.

Mei Yan bagaimanapun merayu supaya tidak dicederakan kerana dia sedang mengandung.

Mereka kemudiannya meninggalkannya di Koi Kinrara dan dibantu pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu untuk membuat laporan polis.

Polis menahan pemandu terlibat di Kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, Muar pada 24 Mei lalu.



Tags / Kata Kunci: Uber , One Puchong

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan