Aspirasi TN50 Budak 10 Tahun Curi Tumpuan PM

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mei 2017 9:53 AM

Najib (tiga, kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kiri) bergambar bersama pemenang-pemenang pertandingan mencipta logo TN50 selepas Majlis Pelancaran TN50 Youth Circles Of The Future di Ayla Bukit Kiara pada Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aspirasi seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyaksikan kepelbagaian rakyat Malaysia pada 2050 mencuri tumpuan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pada majlis pelancaran wacana fasa kedua Transformasi Nasional 2050 (TN50) menyatakan beberapa idea yang telah dibincangkan dalam sesi tertutup.

Perdana menteri kemudiannya bertanyakan budak lelaki itu, Reese Matthew Kam, yang merupakan salah seorang peserta bagi sesi berkenaan supaya berdiri.

"Saya begitu kagum dengan budak muda ini. Katanya, dia meminta agar keunikan Malaysia terus dipelihara dan dijaga.

"Kita perlu memelihara keunikan tanah air ini, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian masyarakatnya di bawah naungan 1Malaysia.

"Ini merupakan aspirasi kanak-kanak Malaysia berusia 10 tahun," kata Najib yang mendapat tepukan hadirin.

Reese diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pemenang bagi pertandingan mencipta logo TN50.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan