Tagih Simpati Biaya Kos Guaman

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 6:16 PM

Gambar fail Sam Ke Ting ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Johor Bahru. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang jurujual berusia 22 tahun yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di sini Februari lalu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja, kini menagih simpati bagi membiayai kos guamannya.

Sam Ke Ting menyuarakan hasrat itu menerusi Facebook dengan meminta orang ramai supaya membantunya mengumpul wang bagi menghadapi kes mahkamahnya.

Dia berkata, kira-kira RM60,000 diperlukan untuk membiayai fi guaman dan meminta bantuan orang ramai merupakan jalan terakhirnya.

"Kos guaman melangkaui jangkaan saya. Keluarga saya juga telah menghabiskan simpanan mereka untuk saya membiayai kos tersebut," katanya di Facebooknya pada Jumaat.

Ke Ting turut menyertakan nombor akaun di dua bank bagi mendapatkan sumbangan.

Pada 28 Mac lalu, Ke Ting mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar sekumpulan lapan remaja yang berbasikal di jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah pada kira-kira pukul 3.30 pagi 18 Februari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan