Kaunter PPZ-MAIWP Dibuka Setiap Hari

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kaunter Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dibuka setiap hari termasuk cuti umum bagi memudahkan pembayaran zakat sepanjang Ramadan ini.

Penolong Pengurus Besar, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Nor Mukshar Harun berkata kaunter itu adalah di Taman Shamelin Perkasa Cheras; Masjid Negara; Wangsa Maju Seksyen 5; Putrajaya Presint 9 dan Presint 15 Diplomatik; Anjung Niaga Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail; Plaza Rah di Jalan Raja Abdullah; Masjid Al-Imam Al Ghazali Kepong; Masjid Abd Rahman bin Auf Jalan Puchong dan Labuan Times Square.

Beliau berkata urusan pembayaran zakat bermula pada 8.15 pagi hingga 4.30 petang kecuali bagi kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral yang akan beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

"Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, perniagaan, saham, wang simpanan, KWSP dan emas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan tahun ini adalah sebanyak RM7.

PPZ-MAIWP bertanggungjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala Baitulmal-MAIWP bertanggungjawab bagi pengagihan zakat.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.zakat.com, talian Zakat 1-300-88-5757 atau Facebook PPZ-MAIWP www.facebook/myzakat bagi mendapatkan maklumat berhubung zakat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PPZ-MAIWP , zakat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan