Umpama Hilang Anak - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas pemerolehan 49.9 peratus saham Proton oleh pengeluar kereta China, Zheijiang Geely Automotive Co Ltd daripada DRB-Hicom.

Menerusi blognya, chedet.cc pada Khamis, bekas pengerusi Proton Holdings itu berkata, langkah berkenaan umpama beliau 'kehilangan anaknya'.

"Proton telah dijual. Ia dijual kepada orang asing. Ya, saya sedih, nak menangis, tetapi ketetapan telah dibuat. Tiada lagi kereta nasional.

"Saya pasti Proton akan lebih baik, ia akan dikomersialkan dengan berjaya, dijual di seluruh dunia. Nama Proton akan ada di mana-mana," sindir pengerusi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Katanya, dengan dana dan teknologi terkini, Proton akan dapat bersaing dengan jenama kereta lain seperti Rolls Royce dan Bentley.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, beliau tidak akan berbangga dengan pencapaian Proton kerana ia "bukan lagi miliknya atau negaranya".

"Saya akan mati tidak lama lagi. Usia saya melebihi purata jangka hayat. Jadi, apabila saya melalui tahun akhir, bulan atau hari, saya akan melihat bagaimana negara tercinta ini dijual kepada orang asing untuk menyelesaikan jumlah hutang trilion ringgit. Kita terpaksa jual banyak dan banyak lagi.

"Saya seorang yang lemah, saya akan menangis walaupun ketika itu air mata rakyat Malaysia tiada lagi. Saya kehilangan anak dan tidak lama lagi negara saya," katanya mengenai Proton yang dibangunkan pada 1983 ketika beliau mengisi kerusi perdana menteri.

Proton menerima dana kerajaan RM1.5 bilion tahun lalu untuk membolehkannya merangka perancangan dan mendapatkan rakan kongsi asing.

DRB-Hicom pada Rabu berkata, pihaknya telah mencapai persetujuan menjual saham Proton dan perjanjian akan dimeterai pada Julai 2017.

Tags / Kata Kunci: Mahathir , Proton

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan