Hormati Titah Sultan - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 9:30 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata, Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin PAS tidak lagi dijadikan isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Ini membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Tuanku juga  bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ini titah Tuanku dan semua pihak mesti patuh dan terima," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah Alam Seksyen 24 di sini.

Dalam titah khas pada Khamis, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga ke tarikh PRU akan datang.

Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor  kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan