Di Mana Aainaa? - Berita Semasa | mStar

Di Mana Aainaa?

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 5:58 PM

Aainaa Sakinah Mohd Noor Azmi.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun hilang sejak Selasa lalu selepas keluar rumah untuk mengambil adiknya dari sekolah di Seksyen 17 di sini.

Difahamkan, Aainaa Sakinah Mohd Noor Azmi keluar dari kediamannya di Seksyen 17 pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari untuk mengambil adik perempuan dan sepupunya di SK Seksyen 17.

Bapanya, Mohd Noor Azmi Ismungin berkata, dia menyedari Aainaa tidak pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1.30 petang walaupun adik perempuan dan sepupunya telah sampai ke rumah.

"Saya tanya mereka di mana Aainaa, tetapi mereka kata tak tahu," katanya.

Noor Azmi berkata, dia juga telah menghubungi rakan-rakan Aainaa tetapi tiada yang mengetahui di mana anaknya berada.

Laporan polis dibuat pada malam Selasa.

Noor Azmi berkata, dia percaya Aainaa telah lari dari rumah.

Katanya, Ainaa sebelum ini pernah ditegur kerana perkenalannya dengan seorang rakan lelaki.

"Kami berharap dia akan pulang rumah tidak lama lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan laporan mengenai kehilangan Aainaa dan polis menyiasat dari pelbagai sudut.

Tags / Kata Kunci: Aainaa Sakinah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan