Sultan Perkenan Tiga Exco Selangor Dikekalkan - Berita Semasa | mStar

Sultan Perkenan Tiga Exco Selangor Dikekalkan

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat menteri besar untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, baginda sebelum ini telah menerima menghadap pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Sabak bersama tiga exco terlibat untuk mengetahui pendirian mereka.

Jelasnya, setelah menimbang dan meneliti segala aspek dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baginda memperkenankan hasrat untuk mengekalkan tiga exco berkenaan.

"Baginda berkenaan dengan hasrat Datuk menteri besar untuk mengekalkan ketiga-tiga exco PAS sehingga ke tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Baginda juga berkenan agar kedudukan exco sedia ada dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan Selangor," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri.

Baginda juga berharap rakyat khasnya yang beragam Islam menumpukan persiapan diri menjelang bulan Ramadan bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

Tags / Kata Kunci: Selangor , PAS , PKR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan