DRB-Hicom Jual 49.9 Peratus Pegangan Dalam Proton

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: DRB-HICOM Bhd  (DRB-HICOM) memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China bagi membolehkan kumpulan pengeluar kereta China itu membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

DRB-HICOM ketika ini memiliki 100 peratus pegangan dalam pengeluar kereta pertama nasional itu. Perjanjian tersebut dimeterai hari ini dan disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perjanjian itu akan membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding dan akan membolehkan Proton mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu serta pasaran pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara, kata DRB-Hicom dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata jenama Proton itu akan kekal sedia ada dan akan semakin berkembang dengan penyertaan rakan kongsi strategik asing baharu tersebut.

“Hasrat kami sentiasa untuk menaikkan semula nama Proton. Ia merupakan jenama pertama kereta nasional Malaysia dan mempunyai sejarah lebih daripada 30 tahun. Perjanjian itu akan menjadi pemangkin untuk menaikkan jenama yang diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia,” kata Syed Faisal.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group  Daniel Donghui Li berkata: “Dengan Proton dan Lotus menyertai portfolio jenama Geely Group, kami mengukuhkan kedudukan global kami dan membangunkan tapak kami di Asia Tenggara.”

Beliau berkata, Geely Holding yakin sepenuhnya dengan jenama dan dan budaya Proton untuk memulihkannya mencapai semula kegemilangannya dengan sokongan teknologi inovatif dan sumber pengurusan Geely.

“Kami juga merancang memanfaatkan potensi penuh Kereta Lotus dan membawakannya ke fasa pembangunan baharu, hasil daripada pengalaman yang ditimba menerusi pemulihan semula Kereta Volvo,” kata Daniel.

Perjanjian itu akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuti dalam pengeluar kereta Lotus dari Britain kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd, yang menandakan kumpulan itu tidak lagi terlibat dalam segmen kereta sport.

Geely Holdings, yang juga memiliki Volvo Car Corporation dan The London Taxi  Company, merupakan satu daripada pengeluar kereta penumpang utama di China.

Ia telahpun memiliki kemudahan di seluruh dunia termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Perjanjian dengan Proton itu akan menawarkan kepada Geely akses ke pasaran utama Asean dan juga penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan di rantau ini.

“Kedua-dua pihak juga dijangka memeterai Perjanjian Muktamad pada Julai 2017,” demikian menurut kenyataan itu.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan