Salam Lelaki Dan Wanita, Apa Kata KJ?

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 5:27 PM

Raja Salman berjabat tangan dengan Melania di Riyadh, Arab Saudi, 20 Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar Raja Arab Saudi berjabat tangan dengan Melania Trump menjadi tular.

"Penjaga Dua Masjid Suci menyambut Mrs Trump. Dan kita telah menghentikan salam antara dua jantina," kata Menteri Belia dan Sukan di Twitter.

Beliau dipercayai menulis tweet itu secara sindiran, merujuk kepada amalan sesetengah individu di Malaysia yang tidak mahu berjabat tangan dengan mereka yang berlainan jantina.

Tweet beliau disertai dengan gambar Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bersalaman dengan wanita pertama Amerika Syarikat.

Di Arab Saudi, bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dilarang.

Justeru, gambar kedua-dua mereka berjabat tangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia, tetapi dilihat dari sudut berbeza.

The Telegraph dan USA Today menekankan bahawa baik Melania atau anak perempuannya Ivanka sendiri tidak memakai tudung semasa lawatan mereka ke Arab Saudi.

Ini menjadi satu isu kerana Presiden Amerika Donald Trump sebelum ini pernah mengkritik bekas wanita pertama Michelle Obama bahawa beliau 'tidak sensitif' apabila tidak memakai tudung semasa membuat lawatan di sana.

"Ramai orang memuji keputusan Mrs Obama yang enggan memakai tudung di Arab Saudi, tetapi ia satu penghinaan. Kita sudah mempunyai cukup musuh," tulis Trump di Twitter.

Tags / Kata Kunci: KJ , Raja Salman , Donald Trump

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan