Kita Bukan Syok Sendiri - PM

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 9:24 PM

-fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengambil langkah berani apabila membentangkan laporan tahunan mengenai prestasi transformasi negara walaupun beberapa pihak berterusan cuba menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Bercakap pada majlis perutusan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016, malam Selasa, perdana menteri berkata beliau memilih untuk menjadi 'lelaki sejati' dan 'gentleman' dalam memberikan kemas kini kepada rakyat Malaysia mengenai keadaan ekonomi negara setiap tahun sejak 2010.

"Malah, jika dikaji, mana ada kerajaan lain di dunia yang telus dan mempunyai disiplin dengan melakukan tindakan memenuhi janji-janjinya, mengutamakan kepentingan rakyat dan bukan hanya menawarkan janji-janji kosong," katanya di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Pengerusi Barisan Nasional itu berkata ramai individu yang ragu-ragu mengenai keupayaan kerajaan untuk mengharungi cabaran yang dihadapi oleh negara ini, dengan berulang kali menuduh Malaysia sebagai 'negara gagal'.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan telah memberi jawapan kepada pengkritik dengan memperkenalkan langkah-langkah berani dalam tempoh lapan tahun lalu untuk memastikan negara kekal di landasan ekonomi yang betul.

"Apa yang paling penting, seperti yang saya telah ulang banyak kali, fakta-fakta dan angka-angka kejayaan kita yang telah dilaporkan, bukan retorik semata-mata atau syok sendiri.

"Sebaliknya, saya tegas ingin menyatakan bahawa fakta-fakta dan maklumat itu telah diaudit dan disahkan oleh organisasi bebas dan bertauliah antarabangsa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , NTP 2016 , ekonomi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan