'Kabel' Tutup Peluang Pekerjaan?

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ada 'kabel' atau tidak bukan penentu kepada nasib seseorang untuk memperoleh sesuatu pekerjaan.

Pengasas Sukasurce Group of Companies, Datuk Fazley Yaakob berkata, semua orang berpeluang mendapatkan pekerjaan seandainya mereka bijak memasarkan diri.

"Kalau anda tanya kembali peluang pekerjaan itu hilang atau tidak wujud adakah salah kerajaan? Salah korporat? Universiti?

"Di sini saya nak katakan satu perkataan iaitu perkataan kabel, ada kabel besar kecil...jadi ingatan saya zaman sekarang hendak mencari kerja bukan kabel yang penting tetapi 'sahabat' dalam dunia sekarang kita  jenamakan sahabat sebagai  'networking'.

"Awak kena bijak ambil peluang melalui networking bukan hanya mencari networking di Facebook sahaja," katanya ketika membuka bicara menerusi Wacana Sinar Harian Siri ke-47 dengan membawa tajuk “Graduan Menganggur: Sampai bila?” di Pentas Utama, Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7, di sini, Isnin.

Justeru Fazley mengingatkan kepada para pencari kerja untuk mengubah minda mengenai realiti zaman sekarang.

"Awak kena bersedia dengan dunia masa hadapan... sahabat itu penting, jadi adakah benar tiada peluang pekerjaan atau anda tidak bersedia berhadapan dengan zaman yang berubah," katanya lagi. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Fazley Yaakob

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan