Harga Gula Dunia Turun, Kenapa Di Sini Perlu Naik?

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 3:57 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bertegas tidak akan menaikkan harga gula walaupun terdapat permintaan daripada pengeluar gula untuk berbuat demikian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ini kerana kerajaan baru sahaja menaikkan harga gula kepada 11 sen pada Mac lepas serta harga gula di pasaran dunia juga menurun, katanya.

Beliau berkata kerajaan menaikkan harga gula pada masa itu kerana ketika itu harga gula di pasaran global berada pada kadar AS$0.22 hingga AS$0.23 sen per paun.

"Kenapa saya perlu berbuat demikian apabila harga gula di pasaran dunia menurun," katanya merujuk kepada harga gula di pasaran dunia kini yang berada pada kadar AS$0.17 sen per paun.

Hamzah berkata demikian sebagai mengulas permintaan pengilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd untuk menaikkan harga gula kepada 29 sen ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini, Selasa.

Menurutnya , pihak pengurusan tinggi syarikat MSM Malaysia termasuk ketua pegawai eksekutifnya telah bertemu dengan beliau baru-baru ini untuk membincangkan perkara tersebut.

"Saya secara tegas beritahu harga gula tidak boleh dinaikkan kecuali syarikat itu mengalami kerugian besar-besaran.  Tetapi MSM Malaysia merekodkan keuntungan dan ia adalah tidak adil sekiranya kerajaan menaikkan harga gula agar mereka boleh lipat ganda keuntungan," katanya.

Hamzah turut melancarkan kempen #janganlebihlebih menjelang sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri, dengan video kempen berdurasi 20 saat setiap satu dalam tiga siri meningkatkan kesedaran pengguna agar tidak membazir dan berbelanja secara sederhana.

Pada majlis sama, Hamzah juga menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Maktab Koperasi Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk memperkasakan pengurusan gerakan koperasi di negara Ini . -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan