Amaran Peringkat Akhir Terhadap Dua Lagi Skim Kewangan

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lagi skim kewangan yang popular di Pulau Pinang turut diberi amaran peringkat akhir oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Berdasarkan semakan, MBI International Sdn Bhd dan Mface International Sdn Bhd merupakan penambahan terbaharu dalam senarai amaran pengguna kewangan pada Isnin.

Kedua-duanya adalah anak syarikat MBI Group International, sebuah syarikat yang memiliki pelabur di seluruh dunia kebanyakan mereka dari China.

Setakat ini, sebanyak 302 syarikat disenaraikan di bawah senarai amaran pengguna kwangan BNM kerana disyaki tidak mematuhi undang-undang berkaitan dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dalam operasi mereka.

Di bawah Akta Perkhidmatan Wang 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjara 10 tahun.

Ketika dihubungi sebuah akhbar berbahasa China, pembantu khas kepada Pengerusi MBI International, Tedy Teow berkata dia tidak fikir syarikat itu akan berdepan sebarang masalah.

"Dan tidak perlu bagi kita untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan situasi itu kepada pelabur.

"Kami sentiasa melakukan kerja kami dan kami percayai para pelabur boleh melihat bagaimana prestasi kami setakat ini," katanya kepada Sin Chew Daily.

Seorang pelabur, H.L.Teoh berkata dia melabur sebanyak RM22,500 pada awal tahun ini dan diberikan kira-kira 10,000 kredit penebusan.

"Sebenarnya, saya boleh mula menjualnya setiap enam bulan tetapi saya dinasihatkan supaya menunggu agar ia meningkat dalam tempoh tiga tahun.

"Apabila anda ada banyak kredit, ia seperti memiliki banyak saham di alam maya.

"Kini, saya perlu menunggu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada syarikat itu sebelum saya mengambil tindakan seterusnya," kata L.Teoh.

Ahlinya dibenarkan untuk membelanjakan mata ganjaran kesetiaan mereka yang boleh ditukar daripada wang maya kepada syiling sebagai pertukaran kepada barangan dan perkhidmatan di syarikat bersekutu termasuk pasar raya, restoran, gimnasium dan juga gerai durian.

Sementara itu, satu sidang media yang diadakan oleh wakil cawangan pengendali skim kewangan yang mencetuskan kontroversi, JJPTR telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pengamal media di Pulau Pinang menerima jemputan daripada seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Lim kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.

Namun, alasan pembatalan sidang media itu tidak dinyatakan.

Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan