Tun M, Muhyiddin Kenapa Tak Angkat Plakad?

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 8:56 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad memegang telefon pintarnya dan merakam gambar perwakilan yang mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7' pada Kongres Nasional PKR, Ahad. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Gelagat Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7'.

Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.

Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden berkata, nama calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan pada sesi akan datang.

“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini Ahad, lapor Sinar Harian.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata, kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.

“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad berkenaan,” katanya.

Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.

"Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun M , PPBM , plakad Anwar , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan