"Tak Baik Tipu Orang Miskin Macam Saya"

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wang yang disimpan oleh seorang penjaja untuk membayar kos dialisis anaknya 'lesap' gara-gara skim permainan wang.

Wanita berkenaan yang berasal dari Butterworth dan hanya mahu dikenali sebagai Teoh, berkata dia telah melabur dalam Live Coin dengan harapan lebih banyak wang diperolehi untuk membayar rawatan anak lelakinya berusia 40 tahun yang telah menghidap sakit buah pinggang selama 31 tahun.

Katanya, dia telah melabur kira-kira RM2,000 dalam Live Coin awal tahun ini melalui seorang rakan yang memperkenalkan skim itu kepadanya.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat pulangan setiap dua minggu seperti dijanjikan pada bulan lepas.

"Saya tak sangka ia 'gulung tikar' begitu pantas. Saya ingatkan saya boleh dapat pulangan untuk beberapa bulan lagi, jadi beban saya dapat diringankan sedikit.

"Saya tak salahkan kawan saya sebab dia hanya mahu meringankan beban saya. Dia tahu saya bekerja lebih kurang 16 jam sehari walaupun kaki saya lemah demi menanggung perbelanjaan perubatan anak saya," katanya kepada sebuah akhbar berbahasa Cina.

Teoh adalah antara kira-kira 20 pelabur Live Coin di Butterworth yang mengadu kepada akhbar itu bahawa mereka tidak menerima pulangan yang dijanjikan, Khamis.

Teoh berkata anaknya memerlukan kira-kira RM1,000 sebulan untuk rawatan dialisis.

"RM2,000 itu adalah wang hasil titik peluh saya. Syarikat-syarikat permainan wang tak baik menipu orang miskin macam saya," katanya.

Katanya, dia juga berasa bersalah kerana mengajak rakan dan saudara mara lain menyertai skim ini, yang mengakibatkan mereka kerugian kira-kira RM10,000.

Live Coin menetapkan harga kemasukan RM390 per unit dan pelabur telah dijanjikan pulangan RM70 atau kira-kira 18 peratus setiap dua minggu bagi amaun itu.

Tags / Kata Kunci: dialisis , permainan wang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan