Sembilan Anggota TLDM Hilang Di Perairan Johor

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 12:02 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana telah terputus hubungan dengan bot kapal yang membawa Tim Menggeledah ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.

TLDM dalam kenyataan pada Isnin berkata, bot berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota Laskar Kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.

"Op Carilamat telah dibuat tetapi tidak membuahkan hasil maka TLDM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar perairan Sedili semalam bagi memperluaskan SAR menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Persatuan Nelayan Sedili.

"Antara aset yang terlibat adalah KD Perdana, KD Perkasa, KD Pendekar, KD Handalan, KD Terengganu, KD Kelantan, bot Pengalang 39, bot Kilat 16, sebuah helikopter Super Lynx dan sebuah pesawat Fennec," kata TLDM dalam kenyataan, Isnin.

Dalam pada itu, bilik operasi Carilamat telah ditubuhkan di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

"Dipercayai bot dan Tim Menggeledah berlindung di dataran terhampir atau di bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili," katanya. – Bernama

Tags / Kata Kunci: Perairan Sedili , TLDM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan