Malas Kemas Kini, Jangan Jadi Mangsa WannaCry

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 10:49 AM

Kakitangan Persatuan Pengajian Antarabangsa Korea (Kisa) memantau penyebaran serangan siber 'ransomware' di Kisa, Seoul. — AFP

(Ubah saiz teks)

VIRUS berprofil tinggi ransomware yang menyerang lebih 200,000 pengguna komputer di seluruh dunia sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pengguna tidak malas dan kemas kini komputer mereka, kata pakar keselamatan siber.

Pengarah Pusat Keselamatan Siber Florida, Sri Sridharan berkata, pertumbuhan mata wang digital atau bitcoin membuatkan penjenayah lebih mudah mengunci maklumat pengguna dan memeras ugut mereka seperti yang dilakukan dalam serangan WannaCry yang bermula sejak Jumaat minggu lalu.

"Mereka tidak faham. Sama ada mereka malas atau tidak ambil peduli langsung," katanya.

Microsoft sudah mengeluarkan patch yang melindungi pengguna daripada serangan WannaCry pada Mac lalu.

Serangan siber itu mula menyerang syarikat dan agensi kerajaan di seluruh dunia termasuklah British National Health Service dan Interior Ministry of Russia.

Para penyelidik berkata, serangan itu berasal dari National Security Agency (NSA), Amerika Syarikat yang direka untuk memanipulasi sistem komputer ketika proses siasatan.

Virus itu dibocorkan oleh penggodam yang menyasarkan NSA dan ribuan jangkitan yang berlaku sudah dilaporkan pada Isnin.

Virus WannaCry menyerang perniagaan dan individu di lebih 150 negara.

Kata Sridharan, tahun 2017 bakal menjadi tahun bagi serangan berbentuk peras ugut atau lebih dikenali sebagai ransomware. -  Orlando Sentinel/Tribune News Service

Tags / Kata Kunci: WannaCry , Ransomware

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan