Wan Azizah: Tidak Boleh Selesa

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PKR pada Ahad menasihatkan semua akar umbi untuk tidak terlalu leka dan berasa selesa dengan kedudukan terkini parti.

Ini kerana menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar), PKR kini sedang mendepani musuh dalam keadaan 'padang' yang tidak sama rata dan propaganda melampau.

"Amat penting untuk kita pastikan yang kita perlu mempunyai disiplin kerja yang fokus kepada hasilnya.

"Kita perlu lebih konsisten agar mesej kita terus sampai kepada akar umbi," ujarnya ketika menyampaikan Ucapan Dasar di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12 di sini pada Ahad.

Beliau dalam masa sama memasang tekad untuk berjuang bersama dengan kesemua parti yang berada bawah bumbung Pakatan Harapan.

Menurutnya lagi, gabungan Pakatan yang terdiri daripada partinya, Amanah, DAP, dan Bersatu merupakan gabungan yang membawa agenda reformasi yang jelas.

"Saf kepimpinan Pakatan akan menjadi lebih dinamik sekiranya Pakatan diteraju di bawah gabungan  kepimpinan yang berpengalaman dan lebih muda.

"Kita sedar tentang realiti politik negara hari ini. Hanya gabungan utuh parti-parti pembangkang dapat mencabar keangkuhah pemerintah yang belum pernah ditumbangkan.

"Kita sudah menempa pelbagai kejayaan bersama Pakatan Rakyat. Formula kejayaan ini akan diulangi dengan Pakatan (Harapan)," katanya lagi. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan