TPP: Malaysia Bersikap Terbuka - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 8:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR : Malaysia akan terus meminda undang-undang, termasuk buruh dan hak harta intelek tanpa mengira sama ada negara ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik  (TPP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perubahan itu bukan hanya untuk mematuhi perjanjian TPP, malah merupakan semakan semula domestik yang terus dilaksanakan bagi mengukuhkan dan mengemas kini undang-undang.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, beliau berkata, pindaan terbabit akan memenuhi obligasi antarabangsa Malaysia seperti dalam Pertubuhan Buruh Aanarabangsa selain memastikan undang-undang negara terus relevan dengan kedudukan semasa.

"Sekiranya TPP diteruskan tanpa penyertaan US (Amerika Syarikat), kita perlu memastikan kepentingan kita tetap terpelihara dan manfaat yang diperoleh mengatasi kos.

"Dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPP tanpa US, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya sepuluh negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian perdagangan itu,"katanya.

Buat masa ini, Mustapa berkata, Malaysia akan terus bersikap terbuka dan meneruskan pembabitan dalam perbincangan mengenainya.

"Pembabitan dengan pemegang kepentingan domestik akan diteruskan sehingga terdapat pilihan yang lebih jelas untuk dipertimbangkan.

"Saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Baki 11 anggota perjanjian TPP bertemu hari ini di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Hanoi.

Ia merupakan mesyuarat pertama yang melibatkan semua menteri anggota perjanjian TPP selepas notifikasi penarikan diri dikeluarkan oleh US pada 30 Jan, 2017.

Mustapa berkata, negara anggota bersatu dalam komitmen mereka untuk mengekalkan momentum liberalisasi perdagangan dan penyepaduan serantau.

"Kami meminta pegawai TPP memulakan proses bagi menilai semua pilihan yang sedia ada.Mesyuarat yang membabitkan pegawai perjanjian TPP seterusnya dijangka dihoskan oleh Jepun pada Julai 2017. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mustapa , TPP , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan