Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng (gambar) yang sedang dalam misi untuk menakluk puncak Everest, diterbangkan dengan helikopter dalam pemindahan kecemasan ke sebuah hospital di Kathmandu, Nepal, setelah mengalami sakit dada yang teruk.

Beliau sepatutnya mendaki ke Camp 3 dan seterusnya ke kemuncak gunung tertinggi dunia itu dari Camp 4 pada Sabtu.

"Beliau dimasukkan ke wad dan diberi rawatan perubatan. Beliau kini semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar tidak lama lagi," menurut kenyataan daripada penganjur ekspedisi itu pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, Lee, 69, mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas, ketika berada di Camp 2 pada Khamis.

"Beliau mengalami sesak nafas dan terpaksa menggunakan oksigen pada waktu malam ketika tidur," menurut kenyataan itu.

Sakit dada Lee semakin buruk pada keesokan harinya dan beliau tidak dapat berbaring untuk tidur disebabkan kesakitan pada perut.

Lapor Bernama, dalam percubaannya untuk mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian itu pada peringkat akhir di Camp 3 pada ketinggian 7,200m, berikutan cuaca buruk.

Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848m.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan, yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017, anjuran Lions Club Port Dickson Pantai.

Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar.

Tags / Kata Kunci: James Lee Chong Meng

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan