Zuraida Sedia Lepas Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan selaku Ketua Wanita PKR apabila tempoh beliau berakhir dan menyerahkan tugas itu kepada timbalannya, Haniza Talha.

Dalam persidangan Wanita PKR, Zuraida mengumumkan sudah tiba masanya beliau mengundur diri dan membiarkan Haniza menerajui perjuangan sayap parti itu.

"Saya sudah bersedia menyerahkan sebahagian daripada tanggungjawab kepadanya supaya dia boleh membiasakan diri dengan tugas itu, jadi kita boleh memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila pemilihan parti diadakan.

"Ia perlu bagi saya untuk membiarkan pemimpin muda Wanita PKR mengambil alih tanggungjawab itu bermula dari sekarang," katanya.

Ditanya sama ada keputusannya itu ada kaitan dengan kontroversi yang melanda kekayaan luar biasa Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Adam Rosly, Zuraida berkata ia tiada kena mengena dengan perkara tersebut.

Kekayaan Adam, 29, yang juga pegawai khas kepada Zuraida dipertikaikan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.

Jamal mendakwa beliau hairan bagaimana Adam boleh memiliki banglo umpama istana di Ampang dalam usia muda.

Zuraida juga berkata beliau tidak pasti sama ada akan berlaku perebutan sengit bagi jawatan tersebut pada pemilihan yang akan datang.

Namun beliau yakin Haniza boleh memenangi jawatan itu.

Tags / Kata Kunci: Zuraida Kamaruddin , Wanita PKR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan