Gambar Tok Pa Tunggu Giliran Jumpa Doktor Tular

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 8:59 AM

Mustapa duduk bersama pesakit lain.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar seorang menteri kabinet dilihat sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Hospital Kuala Lumpur menjadi tular di laman media sosial.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang duduk di ruang menunggu bersama pesakit lain.

Ia disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak terfikir akan dilakukan kebanyakan orang kenamaan.

Gambar itu dimuatnaik dalam laman Facebook Friends of BN pada Selasa.

"Saya ada temu janji pada pukul 8 pagi di sebuah klinik pakar di HKL.

"Sementara menunggu giliran untuk bertemu doktor saya berpeluang berbual dengan beberapa pesakit," kata Mustapa ketika dihubungi.

Mustapa berkata dia mengalami ruam yang teruk selepas pulang dari luar negara.

Katanya, ia merupakan kali ketiga beliau mendapatkan rawatan di HKL.

Gambar itu mendapat kira-kira 1,500 likes dan mendapat perkongsian sebanyak 67 kali dan 534 komen setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Mustapa Mohamed , Miti

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan