PRK Pujut Ditetapkan 4 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut akan diadakan pada 4 Julai depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun depan.

PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Ditanya mengenai hasrat DAP untuk mencabar keputusan DUN Sarawak itu di mahkamah, Mohd Hashim berkata SPR akan akur dengan sebarang keputusan mahkamah, namun PRK itu tetap perlu diadakan berikutan notis pemberitahuan kekosongan kerusi itu oleh Yang Dipertua DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar telah diterima oleh SPR pada 16 Mei lepas.

"Jika mahkaman memutuskan untuk mengekalkan kelayakan keanggotaan Ting, walaupun ketika itu PRK telah selesai, maka SPR akan akur kepada keputusan mahkamah.

"SPR perlu menjalankan tugas terlebih dahulu kerana tempoh diberikan (untuk mengadakan PRK mengikut Perlembagaan Persekutuan) adalah 60 hari dari tarikh kerusi dikosongkan, kita tidak tahu bila pula mahkamah akan bersidang," katanya.

Mengenai pelaksanaan PRK DUN Pujut, Mohd Hashim berkata sebanyak lima buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi melibatkan 44 saluran tempat mengundi.

Selain itu, katanya, seramai 483 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya dengan anggaran belanjawan sebanyak RM838,536.

Tambahnya Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Morshidi Fredrick, akan dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK itu.

Daftar pemilih pilihan raya akan mula dijual pada 15 Jun untuk semakan, kata Mohd Hashim.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lepas, Dr Ting, menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).


Tags / Kata Kunci: DUN Pujut , SPR

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan