Air Terjun Gunung Pulai 1 Ditutup Akibat Kencing Tikus

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 7:05 PM

Air Terjun Gunung Pulai 1 akan ditutup selama dua minggu. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Air Terjun Gunung Pulai 1 di Kulai akan ditutup selama dua minggu mulai Jumaat hingga 1 Jun susulan kematian seorang lelaki akibat kencing tikus pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, penutupan adalah disebabkan persekitaran yang kotor dan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengarahkan supaya air terjun berkenaan ditutup selama dua minggu mulai 5 petang ini (Jumaat). Sampel air terjun itu telah diambil, namun keputusan sampel air itu belum diperoleh," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan Johor supaya mewartakan Gunung Pulai 1 sebagai Taman Negara Johor bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sekali gus menangani masalah persekitaran yang kotor.

Beliau sehubungan itu menasihati pengunjung air terjun atau pusat reakreasi lain sekitar bulan lepas dan bulan ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan atau hospital, terutama yang mengalami sakit perut, selesema, demam dan lemah anggota badan.

Kes kematian itu membabitkan seorang lelaki berumur 18 tahun yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa dari Pekan Nenas, Pontian disahkan meninggal setelah tiga hari berada di Unit Rawatan Rapi HSA.

Dikatakan dia mengunjungi Air Terjun Gunung Pulai pada bulan lepas dan pada awalnya mengalami sakit perut, selesema, demam selama tiga hari serta lemah anggota badan.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor kini dalam proses penyiasatan dan mengenal pasti pergerakan lelaki itu sebelum dia dimasukkan ke hospital. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan