Gula-Gula Ceriakan Penumpang GrabCar

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usaha seorang pemandu GrabCar yang menghargai penumpangnya dengan menawarkan air dan gula-gula percuma menyentuh hati masyarakat Malaysia.

Penumpang yang masuk ke dalam Myvi putih milik Abu Talib Mohd Ali tentu akan terkejut melihat satu rak kain dipenuhi botol air dan manisan lain digantung di belakang tempat duduk pemandu.

Tidak cukup dengan itu, pengecas telefon dan pilihan mana-mana stesen radio turut ditawarkan.

Kisah Abu Talib yang pemurah itu tersebar apabila penumpangnya, Nina Qistina gembira dengan apa yang dilakukan Abu Talib dan telah berkongsi gambarnya di Twitter.

"Apabila saya tiba di destinasi, dia beri saya gula-gula dan biskut coklat untuk dijadikan snek. Percuma!," katanya.

Tweet Nina telah menerima lebih 55,600 ulang tweet.

Abu Talib

Abu Talib berkata snek-snek yang dibelinya akan mengingatkan penumpang kepada zaman kanak-kanak mereka.

Beliau yang telah menjadi pemandu GrabCar selama 11 bulan berkata ramai pelanggannya sangat gembira menerima snek yang disediakan, terutamanya biskut wafer coklat.

Tujuan beliau menawarkan makanan percuma ini sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan kerana menyokong dirinya.

"Tujuan saya beri air dan gula-gula kepada pelanggan saya, terutama yang beragama Islam adalah kerana mereka menyokong kehidupan saya, jadi secara tidak langsung saya berkongsi kehidupan saya dengan mereka," katanya.

"Bagi pelanggan bukan Islam, ia tanda terima kasih kepada mereka kerana menyokong Grab dan membantu saya menyara hidup," katanya.

Abu Talib yang berusia lingkungan 50-an baru sahaja bersara dari berkhidmat di sebuah bank Jun lalu. Selepas bersara, beliau tidak mahu membuang masa dan segera memulakan kerjaya baru sebagai pemandu GrabCar.

"Selepas bersara, saya rasa ini adalah satu industri yang boleh membantu saya meneruskan hidup," katanya.

Beliau bersyukur kerana pendapatan tambahan dengan menjadi seorang pemandu GrabCar cukup untuk membolehkan beliau bersedekah kepada pelanggannya.

"Jika mereka (pelanggan) gembira dengan apa yang saya berikan, matlamat saya telah tercapai," katanya.

Abu Talib juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang membantu mengisi semula gula-gula dan air botol setiap pagi sebelum beliau keluar mencari penumpang.

Ketua Operasi GrabCar dan GrabTaxi Lembah Klang Wan Khye Theng memuji Abu Talib atas inisiatifnya.

"Saya fikir ia menakjubkan (apa yang dia lakukan). Ia bukan satu jangkaan untuk semua pemandu tetapi bayangkan jika anda menaiki GrabCar dan anda dapat makanan ringan dan minuman percuma, ia benar-benar menaikkan semangat anda," kata Khye Theng.

"Kami amat berbangga dengan beliau dan menggalakkan semua pemandu berbuat demikian jika mampu," katanya.

Tags / Kata Kunci: GrabCar , pemandu , air percuma

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan