Nasi Goreng Basi Menu Kantin Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 7:16 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA SELANGOR: Menu berkhasiat antara syarat jualan di kantin sekolah seluruh negara, namun situasi berbeza dialami 1,700 murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Sungai Buloh dekat sini.

Hidangan di kantin sekolah itu pastinya terus melekat dalam memori, apabila sekumpulan pelajarnya telah mengalami keracunan makanan.

Dalam insiden terkini pada Rabu, kira-kira 10 murid telah dibawa ke klinik kerana mengalami muntah-muntah di sekolah selepas menjamah nasi goreng basi yang dijual di kantin sekolah itu.

Sumber memberitahu mStar Online, lebih ramai murid sesi pagi dan petang yang mengalami simptom sama termasuk cirit-birit juga telah mendapatkan rawatan.

"Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan pengusaha kantin berkenaan pernah diberi amaran, tetapi ia tetap berulang.

"Kami masih mengumpul maklumat berkaitan insiden terbaru ini untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, ada ibu bapa yang telah melaporkan kejadian ini kepada pihak kementerian dan ia diharap dapat membantu menangani isu ini, " katanya yang kesal dengan kejadian yang berlaku pada minggu peperiksaan pertengahan tahun yang bermula Khamis.

Difahamkan, sebelum ini ada murid menemui telur cicak dalam bungkusan nasi lemak, selain telur goreng dan bubur yang basi dijual pengusaha kantin berkenaan.

Selain itu, ada ibu bapa yang mengadu harga jualan di situ juga mahal, misalnya air sirap dijual pada harga RM1, berbanding hanya 50 sen di sekolah lain yang juga terletak di kawasan perumahan Saujana Utama.

Sumber itu berkata, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sedang memantau rapi operasi pengusaha kantin berkenaan.

"Pengusaha kantin itu memulakan operasi di SKSP awal tahun ini dan setakat ini ada murid  yang dimasukkan ke hospital minggu lalu kerana keracunan makanan selepas jamah hidangan yang dijual," katanya.

Selain itu, tambah sumber itu lagi, pengusaha kantin itu juga pernah menerima Anugerah Kantin Sekolah Bersih di peringkat negeri walaupun berdepan kes penyediaan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tidak berkualiti.

Tags / Kata Kunci: keracunan makanan , nasi goreng , kantin

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan