Harga Petrol, Diesel Naik Bermula Khamis

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 akan naik bagi minggu ketiga bulan Mei berbanding harga jatuh sejak tigu minggu sebelum ini.

Harga RON95 dan RON97 akan naik sebanyak 7 sen kepada RM2.08 seliter dan RM2.36 seliter.Harga diesel akan naik empat sen daripada RM1.95 kepada RM1.99 seliter.

Harga baru akan bermula Khamis  hingga 24 Mei.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baharu mingguan itu menerusi Twitter pada Rabu.

Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Februari lepas.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.

Tags / Kata Kunci: harga petro , diesel naik

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan